fbpx

Wanita Thai ditemui terdampar di Persiaran Karpal Singh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang ditemui terdampar di Persiaran Karpal Singh dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

GEORGE TOWN – Seorang wanita berstatus Pemastautin Tetap (PR) Malaysia berketurunan Thai ditemui terdampar dalam keadaan lemah di tepi laut berhampiran Persiaran Karpal Singh di sini, hari ini.

Mangsa berusia 46 tahun merupakan pemastautin tetap Malaysia dan berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 1.48 petang.

”Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih bernafas. Pihak ambulans segera dihubungi untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian mahupun pada badan mangsa. Mangsa ketika ini masih dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

”Keadaan mangsa dilaporkan sudah stabil namun belum sesuai untuk dirakam percakapan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang tadi.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai tiada unsur jenayah dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI