fbpx

‘Pertama kali jumpa stesen minyak bina rumah kucing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan rumah kucing yang dibina pihak stesen minyak.

PETALING JAYA – Seorang wanita teruja apabila buat pertama kali melihat stesen minyak yang menyediakan sangkar besar untuk kegunaan kucing-kucing jalanan di kawasan itu.

Video itu dimuat naik @ssempire_ di laman TikTok yang menunjukkan beberapa ekor kucing dijaga rapi dan kelihatan bersih oleh pihak pengurusan stesen minyak di Setia Alam, Selangor itu.

“Kebiasaannya, kita lihat stesen minyak hanya menyediakan fasiliti seperti tandas, surau, bangku dan sebagainya tetapi di sini agak lain. Mereka telah membina ‘banglo’ kucing yang besar, selesa dan bersih supaya kucing-kucing di sana selesa.

“Pihak pengurusan juga menjaga kebajikan makanan dan minuman kucing. Kucing-kucing jalanan di situ semuanya comel, gebu dan manja sangat,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan sikap pemilik stesen minyak itu.

“Pemilik shell Setia Alam ini memang bagus. Bukan setakat surau dan tandas bersih tetapi dia ada pekerja orang kurang upaya juga,” @mohdfairuzz239.

“Semoga pemilik dan pekerja Shell Setia Alam dilimpahkan rezeki seperti air zamzam yang tidak henti mengalir dan sihat walafiat,” kata @huurunnur.co. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI