fbpx

[VIDEO] Muhammad Sanusi cuba lagu raya Jamal Abdillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Muhamad Sanusi ketika Majlis Rumah Terbuka di Alor Setar, semalam.

PETALING JAYA – Selepas tular nyanyian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyanyikan lagu popular Aris Ariwatan, terbaharu beliau mencuba lagu raya berjudul Salam Aidilfitri dalam satu majlis hari raya di Alor Setar Ahad lalu.

Lagu popular nyanyian Datuk Jamal Abdillah itu dinyanyikan oleh Muhammad Sanusi ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon itu turut mendapat tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.

Dalam satu klip video tular di Tik Tok, nyanyian Muhammad Sanusi kali ini lebih ‘menjadi’ jika dibandingkan dengan nyanyiannya sebelum ini ketika membawakan lagu Lamunan Terhenti.

Sebelum ini Muhammad Sanusi dikecam orang ramai, baru-baru ini selepas berkaraoke secara langsung di akaun TikTok miliknya.

Dalam siaran langsung tersebut, Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu ‘ralik’ berkaraoke dengan seorang perempuan sehingga pukul 2 pagi. – KOSMO! ONLINE.

@zulizaf #CapCut ♬ original sound – Zulkifli Yahaya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI