PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Gopeng hari ini, menerima kecaman ramai.
Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok Azim ThirtyFour, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Ertiga dan Honda City serta sebuah lori yang membawa muatan telur.
Berdasarkan video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) itu, kereta Proton Ertiga tersebut disyaki cuba menghalang kereta Honda City ketika berada di lorong kanan.
Insiden tersebut telah menyebabkan sebuah lori tidak sempat untuk berhenti lalu merempuh belakang kedua-dua kereta berkenaan.
“Alhamdulillah nasib baik saya sempat elak. Kesian dekat abang lori. Habis telur dalam lori (rosak),” katanya.
Sehubungan itu, rata-rata mengecam tindakan pemandu tersebut kerana membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“Inilah ‘road bully’ (pembuli jalanan). Ego punya pasal, orang lain yang jadi mangsa,” kata Eriq.
“Kereta Proton itu punca kemalangan. Kesian pemandu lori,” ujar Erol.
“Lebuh raya bukan tempat bergurau. Buat main lagi, kan dah mendapat,” kata Aleena. – KOSMO! ONLINE
@azim.thirtyfourallahuakbar..pertama kali terjadi depan mata..memandu dalam keadaan marah macam ni la pengakhirannya..jadikan pengajaran kepada kita smua..buang segala ego dalam diri..semoga dipermudahkan urusan mereka..amin2