fbpx

[VIDEO] Anjing hampir terbakar akibat bom ‘molotov’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah rumah dan seekor anjing yang hampir terbakar akibat perbuatan khianat.

PETALING JAYA – Seekor anjing hampir terbakar ekoran tindakan kejam seorang lelaki yang melemparkan bom molotov ke dalam sebuah rumah di Puchong, baru-baru ini.

Menerusi klip video tular di media sosial memaparkan, individu tersebut melemparkan bom petrol itu sebanyak dua kali ke dalam sebuah rumah.

Seekor anjing yang berada di bahagian hadapan rumah turut dilihat terkena tempias kebakaran bom berkenaan.

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengesan pelaku yang terlibat.

“Selain khianat dan ugut, PDRM disarankan menjalankan siasatan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mengakibatkan ancaman dan ketakutan terhadap haiwan,” katanya dalam hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI