fbpx

Tunggu kata putus Petronas, Gas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dengan Petronas dan Gas Malaysia bagi mendapat maklumat terperinci berhubung keberadaan saluran paip yang diselia oleh kedua-dua syarikat terbabit di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perjumpaan itu nanti adalah untuk mencari solusi terbaik.

“Setakat ini tiada lagi kata putus lagi kerana masing-masing sedang tertumpu kepada tragedi yang berlaku di Putra Heights, Selangor. Jadi sebarang bentuk kajian akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui di Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri semalam, bahawa terdapat dua saluran paip gas utama di negeri ini iaitu Petronas dan Gas Malaysia.

“Dimaklumkan juga gas Petronas mempunyai rezab untuk laluan paip tersebut manakala Gas Malaysia di laluan jalan utama dan tekanan tidak terlalu tinggi berbanding Petronas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI