fbpx

Tiada gas berbahaya, unsur jenayah kes tiga mati dalam pembetung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi lubang pembetung di tapak pembangunan sebuah resort di Kampung Ibol, Sumpitan di Lenggong. - Foto FADZIL ZAINOL

TAPAH – Tiada unsur gas berbahaya dikesan dalam kejadian tiga lelaki maut dalam lubang pembetung di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol dekat Sumpitan, Lenggong Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemeriksaan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menemukan sebarang gas berbahaya yang menjadi punca kematian mangsa.

Malah katanya, laporan hasil bedah siasat ketiga-tiga mangsa juga mendapati punca kematian mereka akibat sesak nafas ekoran terperangkap dalam salur pembetungan.

“Gas-gas toksik dan beracun tiada, cuma mereka lemas kerana tiada pengudaraan. Siasatan dari pelbagai sudut sedang dijalankan sekiranya ada unsur jenayah, namun setakat ini tiada.

“Buat masa ini, kita belum panggil mana-mana pihak lagi untuk dirakam keterangan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika ditemui pada Program Rintis Komuniti Rakyat Madani: Majlis Aidilfitri Perpaduan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor di sini hari ini.

Media pada Ahad lalu melaporkan, dua lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di tapak pembinaan resort di Kampung Ibol, Sumpitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI