fbpx

Tengkorak, rangka manusia dijumpai di sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak dan rangka manusia yang dijumpai di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Selising dekat Pasir Puteh, semalam. Foto IHSAN PENDUDUK

PASIR PUTEH – Penduduk Kampung Bukit Abal, Selising di sini, semalam gempar dengan penemuan tengkorak dan tulang dipercayai rangka manusia di kawasan sawah padi di kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihak polis menerima aduan berkenaan pada pukul 3 petang sebelum pasukan dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan berkenaan tidak menemui sebarang unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

“Pasukan Forensik telah menjalankan siasatan lanjut untuk mencari saki-baki rangka yang mungkin masih berada di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Ketua Polis Balai Selising, Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-242 4434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh, 09-786 7222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI