fbpx

Suami ambil nyawa dua isteri terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah penjara di Dubai. - Foto AFP

DUBAI – Seorang lelaki dikenali sebagai W.A. terlepas hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua isterinya dalam perbicaraan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Gulf News kelmarin.

W.A. menikam mati isteri pertama yang sedang hamil dan membunuh isteri kedua selepas dia berkahwin lagi.

Pada mulanya, dia  dijatuhi hukuman mati untuk pembunuhan pertama selepas menuduh isterinya keluar daripada agama Islam. Bagaimanapun, W.A. bebas hukuman tersebut selepas berjaya mendapatkan  pengampunan keluarga isterinya. 

Dia sebaliknya menjalani hukuman penjara lima tahun kerana melanggar ‘undang-undang awam’.

Selepas dibebaskan, W.A. berkahwin pula dengan seorang wanita lain dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Dia bagaimanapun membunuh isterinya selepas menuduh mangsa mempunyai kekasih gelap.

W.A.  kemudian menyerah diri dan dihukum mati namun, peguamnya membuat rayuan dengan menyatakan bahawa dia menghidap sakit mental.

W.A.  kemudian dihantar ke sebuah hospital sakit jiwa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI