fbpx

Salam Perantauan 8 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Konnichiwa! Selamat Hari Raya kepada seluruh keluarga dan kenalan di mana sahaja anda berada.
Terutamanya kepada keluarga kami di Kelantan dan Selangor, kami sayang anda semua.

Daripada: Shamsul, Sheela, Sheena dan Shazee.
Lokasi: Tokyo, Jepun

 

Kami warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga dan sahabat handai di Malaysia dan di mana juga berada. Tangan dihulur maaf dipinta.

Daripada: Warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Lokasi: Canberra, Australia

 

Assalamualaikum dan salam sayang dari Brisbane kepada keluarga, sanak saudara serta kenalan di Malaysia.
Semoga wajah keriangan raya kami di sini dapat mengubat kerinduan anda di sana.

Daripada:  Muiz, Arina, Farah, Airyl, Husna, Fahmi, Ameer, Amier dan Haziq
Lokasi: Brisbane, Australia

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat ayahanda dan bonda, ahli keluarga serta sanak saudara di Terengganu.
Tidak lupa juga buat guru-guru, kenalan dan juga sahabat handai di tanah air.

Daripada: Ku Ahmad Nabiel Ku Apwa
Lokasi: Kaherah, Mesir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI