fbpx

Sakit hati dapat jiran tak malu ceroboh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kereta Proton Wira jiran parkir tanpa minta izin pemilik rumah.

PETALING JAYA – Seorang wanita bengang apabila mendapati jirannya bertindak sesuka hati memecah masuk kawasan kediaman dengan memarkir kereta ketika dia tidak berada di rumah.

Menerusi klip video itu, pemilik akaun @nanasmanis94 memuat naik gambar di TikTok menunjukkan kereta milik individu itu jenis Proton Waja diparkir di kawasan rumahnya semasa dia datang setelah sekian lama tidak pulang.

“Rumah ini saya tidak duduk dan kosong sahaja. Kadang-kadang saya balik untuk memeriksa rumah. Jadi, saya kunci atau tidak kunci, dia tiada hak untuk buka dan parkir kereta tanpa minta izin di dalam kawasan rumah saya.

“Sebab kereta dia ada tiga hingga empat buah untuk kawasan rumah macam itu. Jadi, rumah orang akan jadi mangsa, bukan setakat kereta dia letak, malah barang-barang pun dia letak di kawasan rumah orang dan jadikan sebagai stor. Bukan untuk jaga rumah daripada pencuri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pemilik rumah meminta netizen untuk sentiasa belajar beradab dan belajar untuk meminta izin jika ingin menggunakan hak orang lain supaya tidak berlaku sebarang kemarahan antara satu sama lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan sikap segelintir individu yang kurang beradab dalam hal kejiranan.

“Sejenis macam jiran aku juga. Sudah tahu menyewa rumah kecil, lepas itu semua kereta dia mahu bawa balik. Akhirnya, kereta-keretanya parkir bersepah dekat depan rumah orang lain,” @ zulfadliramlee

“Macam jiran aku juga, kadang dah nampak kereta aku dalam pagar masih parkir depan pagar rumah aku. Kita ni kalau kecemasan dah satu hal pula nak kena memanggil,” @ atam_yayeeeee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI