fbpx

RUU Akta Penjagaan Pra Hospital dijangka dibentang selewatnya hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly bergambar bersama wakil penerima selepas Majlis Penyerahan AED di KKM, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penjagaan Pra Hospital selewat-lewatnya hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, proses penggubalan akta itu sedang berjalan ketika ini termasuk ‘Good Samaritan Law’.

Katanya, ia sejenis indemniti untuk melindungi orang awam yang secara suci hati membantu dalam situasi kecemasan.

“Bahagian Perkembangan Perubatan dan BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang) sedang melihat perkara ini bagaimana kita akan mempermudahkannya.

“(Ia termasuk) keberanian orang awam yang telah pun diberikan latihan, kemahiran itu mesti disahkan agar mereka berani ke hadapan untuk melakukan intervensi menyelamatkan nyawa pada waktu-waktu kritikal.

“Ini adalah komitmen yang saya mahukan dan kementerian mahu laksanakan. Kita berharap RUU ini dapat dibentangkan dalam masa terdekat, mungkin menjelang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di sini hari ini.

Akta ‘Good Samaritan’ ialah perlindungan undang-undang yang menggalakkan individu untuk membantu orang lain dalam situasi kecemasan tanpa rasa takut mengenai tindakan undang-undang sekiranya disaman kerana menyebabkan kecederaan yang tidak disengajakan semasa memberi bantuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI