fbpx

Orang Pasir Puteh buang 100 tan sampah sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan sampah di kawasan tong sampah di beberapa lokasi di Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menguruskan kira-kira 100 tan sampah sehari sepanjang seminggu sambutan Aidilfitri bermula pada minggu lalu.

Yang Dipertuanya, Mohd. Roshdi Ismail berkata, peningkatan mendadak itu susulan kepulangan anak-anak perantau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung ma­sing-masing.

“MDPP kebiasaannya menguruskan sebanyak 50 tan sehari pada hari biasa. Peningkatan sekali ganda kepada 100 tan sampah berlaku pada musim perayaan.

“Sepanjang tempoh itu, MDPP telah mengenal pasti enam lokasi tumpuan yang merekodkan pembuangan sampah paling tinggi iaitu Se­merak, Limbongan, berhampiran Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Tok Janggut , SMK Cherang Ruku dan laluan Pasir Puteh-Tok Bali,” katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di Bukit Yong, di sini semalam.

Mohd. Roshdi berkata, bagi melancarkan operasi pembersihan, MDPP turut melantik kontraktor bagi menguruskan kutipan sampah di enam lokasi terbabit.

Katanya, usaha itu bagi memastikan kawasan terlibat tidak dilonggokkan sampah di kawasan yang tidak sepatutnya tidak berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI