fbpx

‘Orang bodoh saja rasa cool bila pukul orang lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF Satar

PETALING JAYA – “Jangan tunjuk hebat dan rasa diri bagus bila pukul, buli orang lain.”

Itu antara yang perkara dipelajari penyanyi Alif Satar selepas melawat dan menyantuni penghuni sebuah penjara baru-baru ini.

Menurut Alif, 34, banyak cerita dikutip daripada penghuni sel termasuk punca mereka terpaksa meringkuk dalam penjara yang salah satunya ialah membuli sehingga menyebabkan kematian.

“Kepada adik-adik yang rasa nak tunjuk hebat dalam sekolah, saya nak beritahu bahawa tiada orang yang merasakan tindakan memukul orang lain itu hebat.

“Tahu tak apa yang ‘cool’? Yang ‘cool’ adalah apabila kita ikut apa yang disuruh oleh Nabi SAW. Jaga mak ayah, bersungguh-sungguh cari ilmu, bantu komuniti dan sebenarnya hisap rokok pun tidak ‘cool’,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Tegasnya, memukul dan membuli individu lain sehingga menyebabkan kematian bukan satu perkara yang harus dibanggakan oleh mana-mana individu.

“Orang bodoh je yang fikir kau ‘cool’ bila kau memukul orang lain. Kau rasa ‘cool’ bila bantai orang, apalah pemikiran begitu.

“Sebelum nak buli orang lain sehingga jadi kematian, bukan kau sahaja yang rasa tapi orang di sekeliling termasuk ibu bapa juga akan terkena tempias. Kehidupan juga akan berubah.

“Ada banyak cerita yang saya nak kongsi tentang buli dan penjara. Pesan saya, jangan tunjuk hebat,” kongsinya.

Dalam masa sama, dia juga bersimpati dengan kehidupan penghuni sel yang terpaksa melalui kehidupan seadanya.

“Saya sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara, macam-macam jenayah yang dilakukan oleh mereka.

“Ada satu kisah ketika bulan puasa, saya bertanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.

“Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, kipas dan tilam. Nak buang air pun di hujung bilik. Sangat kasihan,” jelasnya.

Alif juga sempat menasihatkan orang ramai agar membuang segala mentaliti negatif yang tidak membawa kepada perkara positif dalam kehidupan.

“Dalam media sosial pun, kadang-kadang nak mengata, bercakap buruk tentang orang dan sebagainya. Mentaliti jenis apakah ini?

“Inikah golongan yang nak menang lawan rejim Zionis? Cuba fikir semula,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI