PETALING JAYA – Tular sebuah video menunjukkan seorang pemuda sedang ‘berjoging’ dalam keadaan bogel di Seksyen 8, Shah Alam, pagi ini.
Menerusi klip video yang tular di media sosial, individu tersebut dilihat santai berlari tanpa seurat benang di badannya selain tidak menghiraukan orang awam.
Difahamkan, pemuda itu sudah ditahan oleh polis selepas mendapat laporan daripada orang awam yang berada di kawasan kejadian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pemuda berkenaan.
“Kasihan dia, mungkin dia adalah pesakit sakit jiwa. Orang yang waras tidak akan buat macam tu,” @aziah sulaiman
“Kasihannya, habis aib dia. Tak waras kalau macam ni. Kalau dia keadaan waras dan sedar, tidak akan berlaku apa yang memalukan diri sendiri,” @mu’iz Zah. – KOSMO! ONLINE