fbpx

Memang terdapat kesan seperti dipukul di tubuh suspek amuk – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA KAMPUNG Felda Jengka 2, Ramli Mohamad menunjukkan lokasi kejadian amuk di Jengka 2 di Maran.

MARAN – Keputusan bedah siasat ke atas suspek yang maut dalam kejadian amuk di Jengka 2 di sini dijangka mengambil masa selama tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, organ dan juga spesimen diperlukan telah dihantar ke makmal di Kuala Lumpur semalam.

“Kita masih menunggu keputusan dari makmal dan siasatan ke atas empat suspek masih giat dilakukan.

“Siasatan awal memang terdapat kesan seperti dipukul pada tubuh mangsa tetapi tidak pasti sebab mangsa maut,” katanya di sini, hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang menyerang seorang wanita dan remaja dengan pisau di Felda Jengka 2 di sini, kelmarin dikatakan bertindak demikian kerana pesanan makanan yang dibuatnya di sebuah kedai makan lambat sampai.

Dia kemudian ditemui maut dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Difahamkan lelaki berusia 57 tahun itu sedang berhalusinasi ketika menikam peniaga kedai makan, Salma Mustapha, 52, yang mengalami kecederaan parah.

Selain Salma, suspek turut menikam seorang remaja berusia 16 tahun.

Ekoran kejadian itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian dikatakan bertindak memukul lelaki berkenaan yang kemudiannya maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI