fbpx

Meerqeen pernah diherdik, kepala dihenyak bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meerqeen mendedahkan pernah dibutakan cinta suatu ketika dahulu – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA – Pernah berada dalam hubungan toksik, pelakon Meerqeen mengakui hanya mengikut telunjuk kekasih sehingga sanggup membiarkan kepala dipijak atas nama cinta.

Begitupun, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, membuat keputusan meninggalkan gadis terbabit selepas menyedari sikap sedemikian tidak mungkin dapat diubah.

“Saya percaya ada lelaki yang sabar serta sanggup menerima layanan buruk daripada orang tersayang kerana perasaan sayang menebal selain yakin si dia akan berubah.

“Dahulu saya pernah berdepan situasi sebegitu yang diherdik dan sebagainya tapi saya tak marah semula biarpun kepala dihenyak.

“Cuma kesabaran saya ada hadnya. Itu cerita dulu, maknanya saya cuma nak maklumkan masih ramai lelaki ‘green flag’ yang sedia terima apa sahaja demi cinta,” katanya ketika ditemui pada sesi memperkenalkan barisan pelakon Thariq Ridzuwan Commando’s: His treasure.

Dalam drama bersiri 16 episod adaptasi novel itu Meerqeen membawakan watak anggota Special Force, Thariq Ridzuwan juga suami kepada Husniya Radwa lakonan Qasrina Karim.

Dalam naskhah arahan Eyra Rahman itu, Thariq digambarkan sebagai suami yang tidak pernah meninggikan suara apatah lagi melawan segala tindakan kasar isterinya.

Menurut Meerqeen, populariti novel yang tular apabila peminat tegar karya tersebut mempunyai calon lain untuk dijadikan teraju utama juga memberi cabaran tersendiri buatnya.

Katanya, apabila dipilih produksi bersandarkan beberapa kriteria tertentu, dia cuba memegang amanah diberi dengan sebaik mungkin bahkan sudah sedia masuk set bermula 10 April ini.

“Saya difahamkan kerja penggambaran mengambil masa sekitar dua bulan dan ikutkan memang saya sudah dalami watak serta sisi Thariq yang sangat tenang.

“Jika pembaca mempunyai nama lain sebagai calon karakter ini, saya anggap permintaan mereka itu sebagai cabaran buat saya untuk berikan 100 peratus hasilnya.

“Saya sengaja tidak membaca keseluruhan novel kerana ingin terjemahkan peribadi Thariq bersandarkan olahan skrip. Malah bekerja dengan Eyra juga antara ‘wish list’ saya,” katanya.

Drama aksi dan cinta terbitan yang bakal disiarkan di Astro Ria pada Julai depan turut membariskan Noli K-Clique, Afiq Hamidon, Avertts Gomes, Mia Sara Shauki, Jay Iskandar dan Azri Safix. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI