fbpx

Malaysia anjur dialog serantau TVET ASEAN Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis TVET di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menganjurkan Dialog Polisi Serantau Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ASEAN bermula 11 hingga 13 Jun depan di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dialog itu dianjurkan sempena Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, program itu turut dianjurkan sempena Hari TVET Negara 2025.

“Penganjuran dialog ini selaras komitmen Malaysia dalam memacu kerjasama serantau ke arah pembangunan modal insan berkemahiran dalam bidang TVET,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis TVET Negara Bil. 1 Tahun 2025, di sini hari ini.

Katanya, sambutan Hari TVET Negara 2025 pula akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Melaka International Trade Centre yang bakal menghimpunkan penyertaan menyeluruh semua kementerian dan agensi berkaitan TVET. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI