fbpx

Liga Super: Sri Pahang ‘berpesta’ benam Kedah 6-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sergio Aguero muncul wira Sri Pahang apabila meledak dua gol pada aksi malam ini. - Foto ihsan Sri Pahang

PETALING JAYA – Pasukan Sri Pahang meraih tonik terbaik sebelum aksi final Piala Malaysia apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 6-0 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Tok Gajah dilihat mudah mendominasi saingan sebelum meraih gol pembukaan hasil penyudah Sergio Aguero pada minit ke-36.

Jaringan tersebut menaikkan semangat tuan rumah untuk menggandakan kelebihan menerusi tandukan Aleksandar Cvetkovic pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, pemain sayap tempatan, T. Saravanan berjaya mencetak nama sebagai penjaring hasil gerakan solo pada minit ke-60.

Aguero memastikan Sang Kenari tambah kecewa dengan gol kedua peribadi berselang tujuh minit kemudian.

Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal bolos buat kali kelima apabila pemain muda, Safwan Shuhaimi tertampan gol ke gawang sendiri pada minit ke-77.

Kapten Sri Pahang, Stefano Brundo melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Fandi Ahmad dengan gol keenam pada minit ke-83.

Tuan rumah sepatutnya meraih gol ketujuh tetapi sepakan penalti pada masa kecederaan gagal disudahkan oleh Manuel Hidalgo apabira rembatannya mudah diselamatkan Ifwat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI