fbpx

Liga Super: Sabah makin hampiri tangga ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saddil Ramdani menjadi salah seorang tunjang jentera serangan Sabah FC sebentar tadi. - Foto ihsan Sabah FC

KOTA KINABALU – Sabah makin menghampiri tempat ketiga Liga Super selepas meraih kemenangan ke 11 musim ini dengan menundukkan PDRM FC 1-0 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Selepas mengharungi 22 perlawanan, The Rhinos mengumpul 39 mata, berkelebihan tiga mata berbanding Kuching City di tempat keempat.

Ia meneruskan rentak baik Sabah yang kini menoktahkan lapan perlawanan tanpa kalah.

Terdahulu, Sabah terpaksa menanti sehingga minit ke-42 untuk memperoleh gol pembukaan menerusi pemain pertahanan, Dominic Tan.

PDRM FC yang terdesak untuk menghasilkan gol penyamaan memasukkan bekas pemenang kasut emas Liga Super, Ifedayo Olusegun namun tetap berdepan kesukaran untuk merobek gawang tuan rumah.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekaligus beri impak positif buat Sabah mengulangi pencapaian tempat ketiga musim lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI