fbpx

Lelaki ‘joging’ berbogel ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki sedang berlari dalam keadaan bogel di Seksyen 8 Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki yang tular ‘berjoging’ dalam keadaan bogel di simpang tiga Persiaran Kayangan Seksyen 8 di sini mempunyai masalah gangguan mental.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan anggota rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, setelah dipujuk dan ditenangkan remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.

Katanya, anggota polis seterusnya telah memberikan pakaian dan didapati remaja itu hanya boleh berintraksi menggunakan isyarat tangan dan menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi.

“Bapa saudara kepada remaja tersebut telah hadir di balai polis tersebut dan memaklumkan anak saudaranya tinggal bersamanya di Seksyen 9 di sini.

“Remaja itu mengalami masalah gangguan mental dan sebelum ini telah mendapatkan rawatan Psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, remaja berkenaan telah diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tular sebuah video menunjukkan seorang pemuda sedang ‘berjoging’ dalam keadaan bogel di Seksyen 8 di sini, pagi ini.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, individu tersebut dilihat santai berlari tanpa seurat benang di badannya selain tidak menghiraukan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI