fbpx

Kilang kayu di Kampung Baru Sungai Buloh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan kilang kayu yang terbakar petang tadi.

PETALING JAYA – Sebuah kilang kayu musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kebakaran itu kira-kira pukul 4.55 petang.

Susulan itu katanya, sebanyak enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh termasuk bantuan BBP Bukit Jelutong, Selayang, Damansara, Klang Utara serta Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kilang kayu terbakar 80 peratus dan api sedang marak.

“Operasi pemadaman dibahagiakan kepada dua pasukan dengan satu pasukan memadamkan kebakaran di bahagian hadapan dengan menggunakan air dari tangki jentera.

“Sementara itu, satu lagi memadamkan kebakaran di bahagian belakang menggunakan air sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu dapat dikawal kira-kira pukul 5.50 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI