fbpx

Ketua cawangan jabatan kerajaan di Gua Musang syor projek RM100,000 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM mengiringi ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan (kanan) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan direman enam hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di sini yang bernilai kira-kira RM100,000.

Perintah reman sehingga Ahad depan terhadap suspek yang berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu diiringi pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki kenderaan suruhanjaya tersebut kira-kira pukul 9.35 pagi untuk prosiding reman.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan selepas SPRM menerima aduan daripada pengadu bahawa suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di sini bernilai kira-kira RM100, 000.

Katanya, suspek ditahan di pejabatnya di sini pada pukul 6 petang semalam.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI