fbpx

Kes buli MRSM Pulau Pinang dirujuk ke TPR – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian buli melibatkan sekumpulan pelajar MRSM di Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Kejadian buli yang tular di media sosial melibatkan sekumpulan pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sejurus siasatan selesai dijalankan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, satu kertas siasatan telah dibuka berdasarkan klip video yang tular di media sosial Facebook semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (dengan senjaga menyebabkan kecederaan). Siasatan adalah secara holistik dengan mengambil kiri semua aspek.

“Kes akan dirujuk kepada pendakwa raya setelah siasatan selesai dijalankan. Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya di sini.

Menurutnya, pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya tampil memberi keterangan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu satu video klip berdurasi satu minit 31 saat di laman sosial facebook, kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Video tersebut memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan seperti membuli kepada seorang lagi individu lain yang berada di atas katil dipercayai di dalam sebuah bilik asrama.

“Polis di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS) telah mengambil tindakan proaktif dengan mengesan institusi tersebut serta kesemua individu yang terlibat bagi mendapatkan keterangan,” ujarnya.

Tambahnya, klip video tersebut telah ditonton lebih 710,000 pengguna media sosial, 1,000 komen dan 445 perkongsian di aplikasi facebook.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan rakaman video tular di media sosial yang memaparkan kejadian buli di sebuah MRSM di negeri ini adalah kejadian lama yang berlaku pertengahan tahun lalu.

Siasatan awal mendapati, kejadian yang membabitkan tujuh pelajar termasuk mangsa berusia 15 tahun itu berlaku pada pertengahan tahun lepas dan punca kejadian adalah sekadar bergurau dan ejek-mengejek sesama sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI