fbpx

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Doktor pakar yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kematian kanak-kanak autistik itu sebagai ‘mencurigakan’.

Pakar Perubatan Perunding Forensik Jabatan Perubatan Forensik yang kini bertugas di Hospital Pasir Gudang Johor, Dr. Rohayu Shahar Adnan berkata, ini kerana kecederaan kanak-kanak tersebut tidak selari dengan keadaan sekitar lokasi kejadian mangsa ditemui.

Selain itu saksi turut memberitahu kes kematiannya bukan kematian biasa tetapi dikategorikan sebagai mencurigakan atau ‘homicide until proven otherwise’.

“Pegawai penyiasat ketika itu Asisten Superitendan Mohd. Nasir Mustapha telah membawa saya dan pegawai perubatannya ke kawasan perumahan flat (Apartment Idaman) tersebut dan telah ke kawasan di sungai di mana mangsa di temui.

“Apabila saya melihat pada laluan ke sungai tersebut, terdapat cerun dan bukit yang mana keadaan laluan ini adalah kompleks untuk kanak-kanak autisme dan kesukaannya bukan air kerana sejarah daripada pegawai perubatan saya menyatakan kanak-kanak itu tidak selalu pergi ke sungai tersebut.

“Lawatan ini penting untuk saya ‘corroborate’ (menyokong) kecederaan pada mangsa sekiranya ada dengan tempat kejadian, setelah itu baharu saya buat kes tersebut,” katanya yang sebelum ini bertugas di Hospital Sungai Buloh dan melakukan bedah siasat itu.

Terdahulu, Dr. Rohayu turut menjelaskan bedah siasat terhadap jasad Zayn Rayyan dilakukan pada 12 tengah hari, 7 Disember 2023, susulan pegawai perubatan beliau membuat pembentangan sejarah kes si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan.

“Pegawai perubatan saya memberitahu si mati (Zayn Rayyan) adalah kanak-kanak autisme secara saintifik kanak-kanak autisme ini mempunyai kesukaan tertentu apabila pegawai perubatan saya menyatakan kanak-kanak ini mati lemas saya bertanya adakah kanak-kanak ini suka air, apa kesukaan dia, jika dia suka air maka dia akan pergi ke tempat air dan bermain air.

“Namun, soalan ini tidak dapat dijawab maka saya minta pegawai perubatan menghubungi polis untuk saya dan pegawai perubatan pergi ke tempat kejadian. Oleh itu, bedah siasat tidak dilakukan sehingga selesai lawatan ke tempat kejadian kerana itu bedah siasat dilakukan pada jam 12 tengah hari selepas kami pulang membuat lawatan ke tempat kejadian,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan pindaan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI