fbpx

Ibu resah anak hilang dari asrama sekolah sejak Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muna Qaisara.

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu gundah selepas anak perempuannya yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di daerah ini tiba-tiba menghilangkan diri dari asrama sejak Sabtu lalu.

Juliana Johari, 42, berkata, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengesan anaknya, Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga.

“Saya dimaklumkan kali terakhir Muna dilihat berpakaian jubah berwarna merah hati dan tudung krim.

“Orang ramai memasang ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) dalam kereta yang melalui sekitar Serada di sini pada Sabtu lalu dirayu membantu mengesan anak saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Juliana juga kesal sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara telah dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan pelajar tersebut pada Ahad lalu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Muna Qaisara dimohon menghubungi di talian 0135714157 atau 0133092947 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI