fbpx

Hujan lebat di 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu antaranya melibatkan Kedah iaitu di daerah Langkawi.

Hujan lebat turut dijangka berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang).

“Terlibat sama adalah Johor (Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata MetMalaysia.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terkesan adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Beluru). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI