fbpx

Harga tiket aksi Manchester United di SNBJ cecah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manchester United antara kelab berpengaruh yang memiliki ramai peminat setia di seluruh dunia. - Foto ihsan Facebook Manchester United

PETALING JAYA – Tiket perlawanan persahabatan antaran Manchester United menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei depan dijangka ‘sold out’ dengan kehadiran hampir 80,000 peminat setia The Red Devils di rantau Asia Tenggara.

Tiket yang mula dijual di atas talian bermula hari ini serendah RM50 untuk tempat duduk biasa hingga mencecah RM1,500 bagi kerusi VIP

Menerusi tinjaun komen pembaca Kosmo! Online di Facebook, ramai menganggap harga tiket yang dijual tidak sepadan dengan prestasi United yang menduduki tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Buang duit je,” kata Mohd Khairudin Abu Kasim.

“Kelab bawahan….low class…ade penyokong yang nak p stadium tgk ka….yang kat sana pun melingkup balik awal time kalah…..,” kata John Jenin.

“Kelab kerdil cari duit lebih,” kata Echan Tamashii.

Bagaimanapun, kehadiran United ke Kuala Lumpur telah menamatkan penantian hampir 16 tahun penyokong setia apabila kali terakhir beraksi di Malaysia pada 2009 juga di venue yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada mengakui keputusan untuk mengadakan siri Jelajah Asia adalah untuk menghargai sokongan yang diberikan oleh peminat setia di rantau Asia.

Selepas aksi di Kuala Lumpur, United akan terus terbang ke Hong Kong untuk menentang skuad kebangsaan negara itu di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI