fbpx

‘Haram’ menu bergoreng, kafein rahsia Erra tak ‘pandai’ tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERRA mengakui segala amalan pemakanan hasil didikan ibu yang menjadikan bagaimana dan siapa dirinya ketika ini.

PETALING JAYA – Seperti tidak menua, aktres Erra Fazira membuat satu pendedahan tentang rahsia kekal awet muda meskipun sudah berusia separuh abad.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, semua itu berpunca daripada didikan dan rutin penjagaan diri yang diamalkan sejak remaja. Segala amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan pemakanannya dipelajari daripada ibu tersayang.

“Apa saya amalkan adalah apa mak ajar saya daripada zaman muda lagi. Penjagaan kulit, pemakanan dan senaman semua saya ikut mak saya.

“Alhamdulillah sampai sekarang mak saya masih aktif bersenam. Dia biasa duduk selama 10 minit dan lumurkan losyen pada badan dan muka.

“Rutin tu dilakukan sejak dia muda sampai sekarang,” katanya menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Nor.

Tambah Primadona Filem Alaf Baharu itu, ibunya seorang yang cukup disiplin dalam hal pemakanan dan tidak membenarkan pengambilan makanan bergoreng serta kafein.

Malah, ibunya langsung tidak menukar jenama syampu sejak dahulu dan tetap berpegang pada amalan yang sama sehingga hari ini

“Pemakanan pun mak pantau juga. Jangan makan bergoreng, jangan ambil kafein. Kalau ikutkan banyak lagi pantangnya.

“Contohnya kalau syampu rambut pun tak akan tukar dari dulu sampai sekarang,” jelasnya.

Paling penting kata pelakon Sembilu itu, kecantikan sebenar tidak memerlukan pembedahan atau prosedur estetik sebaliknya cukup dengan penjagaan rapi dan konsisten.

“Salah satu sebab dia (emak) maintain cantik sebab dia tak buat muka dan badan. Dia biarkan semuanya menua ikut usia, cuma jaga apa yang perlu.

“Dia memang ‘ori’ lawa, jaga makan, hidup bahagia, ada kemampuan untuk maintain. Memang kena rajin nak jadi lawa. Kalau ada semua benda tapi malas, tak jadi juga,” ujarnya.

Menurut Erra, dia juga seorang yang jarang tertekan walaupun pernah melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan rumah tangga serta dunia hiburan.

“Erra jenis jarang stress. Itu yang sentiasa muda walaupun banyak kontroversi dan macam-macam, tapi tetap positif,” luahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI