KUALA SELANGOR – Suasana di sebuah pasar raya di Bandar Puncak Alam di sini, gempar apabila kawasan bumbung premis itu terbakar, hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu mengakibatkan semua pekerja dan pengunjung bergegas keluar bagi menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan 15 anggota termasuk bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari serta Bukit Jelutong terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.14 petang.
Jelas beliau, pemeriksaan mendapati pasar raya itu terbakar di bahagian dalam bumbung namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial memaparkan gambar dan video kebakaran tersebut. – KOSMO!