PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 3.49 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa tersebut berukuran 5.6 magnitud.
“Kejadian berlaku di 2.0 darjah utara dan 96.7 darjah timur dengan kedalaman 31 kilometer (km).
“Ia terjadi 126km Tenggara dari Simeuele,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE