fbpx

EPL: Prinsip Slot ‘memakan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXIS Mac Allister membuka tirai jaringan buat Liverpool, namun mereka terpaksa berdepan kekalahan kepada Fulham kelmarin. - AFP

LONDON – Liverpool mengharungi tempoh sukar musim ini apabila berdepan kekalahan ketiga daripada empat perlawanan terakhir apabila tunduk 2-3 menentang Fulham di Craven Cottage kelmarin.

Bagaimanapun, kekalahan itu masih belum menjejaskan peluang mereka untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila memiliki kelebihan 11 mata dan memerlukan empat kemenangan pada baki tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, apa yang meresahkan para peminat ketika ini adalah kemampuan pasukan itu untuk bertahan pada baki saingan apabila mereka mula mempamerkan aksi goyah sejak bulan lalu.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa skuad Liverpool ketika ini kelihatan dan berdepan kepenatan apabila pemain yang sama diturunkan dalam perlawanan melibatkan semua kejohanan apabila pengendali pasukan itu, Arne Slot dilihat tidak gemar dengan sistem penggiliran.

Mereka mempamerkan aksi hambar berdepan Everton sebelum ini dan turun berdepan Fulham kali ini juga mereka hanya membuat perubahan kecil melibatkan satu pertukaran apabila Cody Gakpo turun dalam kesebelasan utama menggantikan Luis Diaz.

Slot mengakui sangat tidak berpuas hati dengan persembahan hambar dipamerkan oleh para pemainnya ketika tewas berdepan Fulham dan menggesa para pemain mempamerka usaha berterusan pada baki saingan.

“Kami berdepan kesukaran pada babak pertama dan buat kali pertama musim ini kami gagal mempamerkan karakter yang baik pada separuh masa kedua. Ia jarang berlaku kerana kami selalunya mampu mengubahnya dengan mentaliti pasukan dan pemain simpanan yang dimasukkan.

“Kali ini kami tidak cukup bagus dan kami perlu membuat persiapan sepanjang minggu ini untuk aksi seterusnya menentang West Ham,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI