fbpx

EPL: Manchester United sah ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik ihsan Facebook Manchester United

PETALING JAYA – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bakal mengubati kerinduan peminat bola sepak tanah air apabila mengesahkan bakal mengharungi aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei depan.

Kehadiran The Red Devils ke Kuala Lumpur menamatkan penantian hampir 16 tahun penyokong setia apabila kali terakhir beraksi di Malaysia pada 2009 juga di venue yang sama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan United sebentar tadi, pasukan itu akan terus terbang ke Asia selepas musim EPL berakhir dengan menentang ASEAN All Stars sebelum bertemu Hong Kong di Hong Kong pada 30 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada mengakui keputusan untuk mengadakan siri Jelajah Asia adalah untuk menghargai sokongan yang diberikan oleh peminat setia di sana.

“Kami sentiasa menghargai sokongan peminat United di seluruh dunia dan kali ini, kami akan terbang ke Asia, wilayah Scandinavia dan Amerika Syarikat bagi siri Jelajah Pramusim.

“Kami harap keputusan ini membuka ruang serta memberi impak daripada aspek komersial pasukan selain mengukuhkan hubungan bersama peminat serantau,” katanya.

Penyokong The Red Devils boleh mendapatkan tiket bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI