fbpx

EPL: Leicester City sudah ‘di hujung tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Foxes tewas buat kali kelapan berturut-turut di laman sendiri. - Foto Facebook Leicester City

LEICESTER – Pengendali Leicester City, Ruud Van Nistelrooy mengakui buntu dengan prestasi hambar pasukan selepas tewas 0-3 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Foxes mencipta sejarah baharu apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak England untuk tewas lapan perlawanan berturut-turut di laman sendiri tanpa menjaringkan sebarang gol.

Lebih malang, peluang Leicester untuk kekal dalam kancah EPL juga semakin sukar apabila dibezakan 15 mata dengan pasukan di kedudukan ke-17, Wolverhampton ketika saingan hanya berbakit tujuh perlawanan.

Kata Nistelrooy, apa yang berlaku di luar jangkaan, tetapi fokus ketika ini perlu diberikan sepenuhnya buat pasukan untuk bangkit pada aksi akan datang.

“Kita tidak boleh terus pandang ke belakang sebaliknya kena bekerja keras untuk bangkit daripada kekecewaan ini. Barisan kejurulatihan akan melakukan analisa untuk mencari kelemahan pasukan.

“Apa yang pasti, ini adalah detik yang sukar buat pasukan tetapi apa yang lebih penting adalah kepentingan pemain dan kelab.

“Mengenai posisi saya selaku jurulatih, saya tidak boleh mengulas lanjut,” kata pengendali kelahiran Belanda yang dilantik menjadi pengurus pasukan sejak November lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI