fbpx

EPL: Amorim akui mula nampak kesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED terlepas peluang untuk meraih kemenangan kedua saingan EPL musim ini menentang City apabila sekadar terikat tanpa jaringan di Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim percaya bahawa para pemainnya perlu mempamerkan aksi lebih baik biarpun kelab itu berdepan prestasi tidak konsisten musim ini.

United terus mempamerkan prestasi kurang sempurna musim ini apabila terikat tanpa jaringan menentang musuh setempat, Manchester City di Old Trafford awal pagi semalam sekali gus menyaksikan mereka kekal di kedudukan ke-13 saingan Liga Perdana Inggeris.

Sejak dipilih mengendalikan United pada November tahun lalu, Amorim berdepan kesukaran untuk memberikan impak apabila hanya meraih enam kemenangan EPL dalam 20 aksi, namun Amorim akui gembira melihat peningkatan dipamerkan para pemainnya.

“Anda boleh melihatnya, pasukan bermain lebih selesa ketika ini. Kami mampu untuk membentuk permainan yang lebih baik dan memberikan tekanan kepada pihak lawan di bahagian terakhir kawasan mereka.

“Kami bertahan dengan baik mengekang asakan pemain City yang sangat berbakat. Mereka tidak banyak mencipta peluang, memiliki bola, tetapi tidak begitu berbahaya, jadi ia adalah peningkatan buat kami.

“Kami meningkat, tetapi kami perlukan lebih banyak peningkatan. Semua pemain mampu untuk memberikan aksi lebih baik. Mereka mempunyai kualiti, cuma kami perlukan lebih banyak masa untuk lebih bagus di hadapan gawang lawan,” katanya.

Selepas aksi menentang City, fokus United kini terarah kepada aksi Liga Europa apabila dijadual menentang OIympique Lyon pada pentas suku akhir Jumaat ini dan kejuaraan tersebut cukup penting kerana itu sahaja cara untuk mereka beraksi di pentas Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI