fbpx

Dua maut, Toyota Rush bergesel dengan lori muatan jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori muatan jagung selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Lembah Beringin tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Pemandu lori dan kelindannya maut apabila lori muatan jagung terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah kenderaan lain di Kilometer 403 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.27 tengah hari itu, pemandu lori berusia 51 tahun meninggal dunia di Hospital Slim River kira-kira pukul 3.10 petang manakala kelindannya yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kemalangan itu juga menyebabkan tiga lagi mangsa cedera parah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Rush bergesel dengan lori muatan jagung itu.

“Susulan itu, lori berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori jenis Scania,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, pemandu Toyota Rush berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta berkenaan berusia 52 tahun dan pemandu lori Scania berumur 26 tahun mengalami cedera ringan,”katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI