fbpx

Dua lelaki dicekup menyamar ‘ejen’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua lelaki ditahan selepas memperdaya seorang remaja dengan menyamar sebagai ejen pengeluaran motosikal sitaan polis.

Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan Ahad lalu selepas sehari memperdaya mangsa di luar Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, mangsa sebelum itu ditahan dalam satu operasi trafik di Jalan Tun Razak dan motosikal miliknya telah disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan.

Jelasnya, mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan untuk membantu mengeluarkan motosikal sitaan dengan bayaran tertentu.

“Mangsa kemudiannya telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,400 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max kepada suspek, kononnya bagi tujuan bayaran saman dan pembaharuan insurans.

“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zamzuri berkata, susulan kejadian itu, pihak JSPT KL telah menahan dua individu termasuk dalang utama kes berkenaan.

“Beberapa barangan rampasan telah diperoleh termasuk telefon bimbit milik mangsa, borang sitaan PDRM (Polis Diraja Malaysia), dadah jenis syabu, serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI