GEORGE TOWN – Seorang anggota polis dilaporkan kritikal selepas dikatakan terlepas tembakan hingga mengenai dirinya dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, petang tadi.
Mangsa kini masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake ketika dihubungi Kosmo! di sini berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berlaku.
“Kita akan keluarkan kenyataan berhubung perkata terbabit nanti. Harap semua bersabar kerana perkara ini perlu siasatan lanjut,” katanya ringkas di sini, sebentar tadi.
Difahamkan, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan siaran media nanti. -KOSMO! ONLINE