fbpx

Ambil rahim kakak untuk dapat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grace mendukung Amy Isabel bersama suami dan kakaknya (kanan). - Womb Transplant UK/PA

LONDON – Seorang bayi perempuan menjadi kanak-kanak pertama yang dilahirkan daripada prosedur pemindahan rahim di United Kingdom(UK), lapor saluran televisyen Sky News semalam.

Ibu bayi berkenaan, Grace Davidson menjalani prosedur tersebut pada 2023. Dia  berkata, kelahiran anaknya, Amy Isabel adalah anugerah terhebat.

Wanita berusia 36 tahun dari utara London itu menerima rahim kakaknya, Amy.

Prosedur pemindahan rahim itu adalah yang pertama di UK. Ia memberi harapan kepada beribu-ribu wanita, khususnya penghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) yang dilahirkan tanpa rahim atau rahim mereka gagal berfungsi.

Amy Isabel dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada 27 Februari lalu di London.

“Kami sudah lama menunggu. Kami mengimpikan untuk mempunyai keluarga sejak berkahwin lagi dan mengharungi perjalanan berliku sebelum berjaya,” kata Grace.

Grace dilahirkan dengan MRKH dengan sindrom itu menjejaskan kira-kira satu dalam setiap 5,000 wanita. 

Penghidap MRKH mempunyai rahim yang kurang berkembang atau hilang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI