fbpx

55 motosikal percuma buat mangsa kebakaran paip gas – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) ketika bergambar bersama mangsa kebakaran paip gas pada Penyerahan Bantuan 55 buah Motosikal kepada mangsa kebakaran paip gas di LRT Putra Height di sini, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

SUBANG JAYA – Kementerian Pengangkutan menyumbang sebanyak 55 buah motosikal percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan meringankan beban mangsa, malah membantu memulihkan semula mobiliti mereka menguruskan urusan harian.

“Kebanyakan penerima adalah penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru.

“Sumbangan motosikal ini diberikan tanpa sebarang kos tambahan, termasuk pendaftaran cukai jalan, perlindungan insurans selama setahun dan sijil pemilikan kenderaan yang didaftarkan atas nama penerima sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sesi penyerahan motosikal berkenaan di pekarangan LRT Putra Heights, hari ini.

Jelas Anthony Loke, semua penerima telah menjalani proses saringan bagi memastikan motosikal asal mereka rosak atau musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan.

“Bantuan ini bukan sahaja membantu pergerakan mereka, malah ia dapat digunakan demi kelangsungan untuk mencari nafkah dan menguruskan kehidupan seharian,,” ujarnya.

Menurut beliau, pembelian motosikal itu dilaksanakan melalui kerjasama dengan syarikat Spanco yang menawarkan harga istimewa sebanyak RM5,000 seunit, berbanding harga pasaran sekitar RM5,800.

“Saya sendiri telah berhubung dengan pihak Spanco dan mereka bersetuju untuk menyalurkan motosikal ini pada harga khas bagi membantu mangsa yang terkesan. Kami amat menghargai kerjasama ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI