PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan stesen MRT Damai, di sini pada 5 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Voon Chuan Ling kira-kira pukul 5.15 petang pada hari kejadian.
“Mangsa yang berusia 44 tahun berkulit putih, berketinggian 1.73 meter dan mempunyai berat sekitar 77 kilogram.
“Lelaki berbangsa Cina itu mempunyai rambut lebat dengan potongan pendek serta hidung mancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
M. Hussin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi ibu pejebat daerah Petaling Jaya di talian 0379662222. – KOSMO! ONLINE