PETALING JAYA – Seorang wanita mengalami kerugian apabila keretanya rosak terkena ‘roof box’ yang melayang daripada kenderaan lain ketika sedang memandu di lebuh raya baru-baru ini.
Pemilik akaun @zuuuuu_uz memuat naik rakaman papan pemuka (dashcam) di TikTok menunjukkan alat itu tercabut daripada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza berwarna merah.
Menurutnya, ketika itu dia berada di lorong kanan dan tidak sempat mengelak kerana sedang bergerak laju.
“Saya tidak dapat berhenti kerana lorong kecemasan tiada dan jauh di hadapan. Saya tunggu sahaja di depan tetapi tidak kelihatan kereta tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa meminta pemilik kereta tersebut tampil untuk memberi kerjasama kerana rakaman dashcam tidak menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit dengan jelas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil tindakan kepada individu yang memasang ‘roof box’ kereta kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“JPJ ambil tindakan kepada yang memasang ‘roof box’ kerana membahayakan dan boleh menyebabkan kemalangan maut,” @bigboes04.
“JPJ aksesori tambahan seperti ini sepatutnya disaman kerana merbahaya,” @nobadi74. – KOSMI! ONLINE
@zuuuuu_uz .mohon dm saya… saya dh buat laporan… mintak jasa semua viralkn..sampai owner notice … tlg laa bertanggungjawab ..saya merayu🙏😢… dash cam x jelas.. #roofbox #kemalangan #seremban #jpjmalaysia #jpjseremban #avanzamerah #roofboxterbang #roofboxtercabut ♬ Yassirlana (Banjari) – Barokah