fbpx

[VIDEO] ‘Mereka tetap setia melambai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penduduk Terengganu yang setia meraikan kepulangan para perantau.

PETALING JAYA – “Baru balik dari perantauan, disambut dengan lambaian di ‘flyover’ (jejambat). Kini kembali merantau, mereka tetap setia melambai dari tempat yang sama. Terima kasih orang baik!.”

Itu antara kata-kata penghargaan seorang anak perantau yang pulang berhari raya di Terengganu, baru-baru ini.

Menggunakan profil @Putih Melati di media sosial, wanita itu turut berkongsikan video yang memaparkan sekumpulan penduduk sedang melambai bersama kain rentang yang tertulis ‘Rasau Mari’ yang bermaksud, ‘penduduk Rasau hadir’

“Datang disambut, pergi pun tidak dilupa. Terima kasih orang baik! Terengganu sentiasa di hati,” katanya lagi.

Perkongsiannya itu meraih keterujaan orang ramai malah ada yang secara terbuka mengatakan mahu mencari pasangan dari negeri Terengganu.

“Seronoknya suasana dekat sana. Macam ni kena cari jodoh orang sanalah,” kata seorang pengguna.

“Siapa punya idea la ni. Orang Pantai Timur memang terbaik,” komen @PocAi.

“Budaya cantik, negeri menarik orang pun baik-baik. Bangga jadi anak Pantai Timur,” kata netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@putihmelati0702This is Pantai Timur💚 Baru balik dari perantauan, disambut dengan lambaian di flyover. Kini kembali merantau, mereka tetap setia melambai dari tempat yang sama.. Terima kasih orang baik!

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – Achik Afiq 06

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI