fbpx

[VIDEO] Hidup sebatang kara, wanita India hadiahkan warga emas baju, kuih raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan wanita berbangsa India menghadiahkan sepasang baju kurung kepada seorang warga emas sempena Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Keprihatinan wanita berbangsa India terhadap seorang warga emas yang dipercayai tinggal sebatang kara di sebuah kampung dekat Kluang, Johor menyentuh hati orang ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok Priyangka_01, memaparkan dia menghadiahkan sepasang baju kurung dan kuih-muih sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wanita berkenaan turut dilihat tidak kekok, malah kehadirannya berjaya menceriakan warga emas itu ketika berkunjung ke rumahnya.

“Dia tinggal seorang diri, tak tahu anak dia pergi mana. Kasihan saya tengok nenek ini. Dia seorang sahaja dekat rumah.

“Nenek, ‘I love you’ (saya sayang awak). Ini saya bagi duit raya dan jangan lupa pakai baju baru itu,” katanya dalam video yang dimuat naik, baru-baru ini.

Sehubungan itu, rata-rata memuji sikap prihatin wanita itu selain bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas berkenaan.

“Baiknya awak kakak. Pandai awak pilih baju raya untuk nenek. Cantik sangat baju kurung itu,” kata Ara.

“Sesiapa yang duduk berdekatan sana, tolonglah pergi jumpa nenek dan luangkan masa sekejap. Menangis saya tengok,” ujar Siva.

“Dia cium pipi awak kakak nampak sangat dia rindu nak jumpa dan cium anak-anak dia,” kata Huda. – KOSMO! ONLINE

@priyangka_.01 selamat hari raya nenekkk & kaum muslim 🫶🏻😘🤍#itsmepriyangka #chinnaka #fyp ♬ original sound – 𝓒𝓱𝓲𝓷𝓷𝓪𝓴𝓪𝓪 . 💘 – Chinnakah’s shop

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI