WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump tidak mengenakan tarif punitif ke atas Russia dengan alasan tidak mahu menjejaskan rundingan menamatkan perang Ukraine, lapor portal berita RT semalam.
Mengulas isu tersebut, Pengarah Majlis Ekonomi White House, Kevin Hassett berkata, buat masa kini rundingan Washington-Moscow berhubung perang di Ukraine masih berterusan.
“White House tidak mahu mengganggu perbincangan yang masih berjalan dengan meletakkan tarif di meja rundingan,” katanya.
Minggu lalu, Trump mengumumkan tarif baharu yang tinggi antara 10 hingga 50 peratus ke atas barangan import dari berpuluh-puluh negara termasuk China, anggota-anggota Kesatuan Eropah dan Jepun.
Langkah itu sebahagian daripada strategi lebih meluas untuk mempromosikan industri Amerika Syarikat dan menamatkan apa digambarkan Trump gambarkan sebagai ketidakseimbangan perdagangan yang sangat tidak adil kepada Washington.
Russia bersama-sama Belarus, Cuba, dan Korea Utara bagaimanapun tiada dalam senarai tarif baharu itu.
Ketika ditanya stesen televisyen ABC sama ada pengecualian Washington satu tindakan yang betul, Hasset berkata, adalah kurang tidak bijak untuk meletakkan perkara baharu kepada Russia ketika rundingan sedang berlangsung.
Wartawan George Stephanopoulos bagaimanapun berkata, perunding-perunding melakukan perkara serupa dalam rundingan gencatan senjata melibatkan negara-negara lain sebelum ini.
Namun, Hasset menjawab bahawa tidak sesuai untuk membangkitkan perkara baharu khususnya tarif di meja rundingan dengan Moscow. – AGENSI