JAKARTA – Seorang wanita keliru selepas suaminya hilang tanpa jejak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri baru-baru ini, lapor laman berita Tribunnews.
Dalam kejadian pada 1 April lalu, wanita dikenali sebagai Dede dan anaknya yang berusia empat tahun ditinggalkan ketika mereka tumpang tidur di sebuah masjid semasa dalam perjalanan.
Menurut Dede, suaminya memberhentikan kereta di Masjid Kaum, Ciawi untuk menumpang tidur.
Namun apabila terjaga sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan), Dede terkejut kerana suaminya hilang.
Selepas gagal dicari, Dede menghubungi polis untuk meminta bantuan.
“Kami menerima maklumat bahawa seorang ibu bersama anaknya ditinggalkan di Masjid Kaum, Ciawi.
“Polis dengan segera pergi ke lokasi kejadian dan menyoal wanita tersebut yang kebingungan mencari suaminya,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Asep.
Kedua-dua beranak itu kemudian dihantar pulang ke rumah mereka, manakala polis masih mencari suaminya yang hilang.
Asep berkata, Dede memberitahu bahawa hubungannya dengan suaminya berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang pertengkaran berlaku sebelum kejadian itu. – AGENSI