fbpx

‘Tengok senarai ni…terus auto sebak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan buku senarai nama anak-anak yang datang mengaji masih berkeadaan baik walaupun sudah terbiar selama 16 tahun.

PETALING JAYA – “Tengok buku senarai nama anak-anak yang datang mengaji ni. Macam baru, tak ada kesan anai-anai. Buku tak kuning langsung padahal dah 16 tahun berlalu.”

Itu perkongsian seorang wanita tentang situasi terkini mengenai rumah usang peninggalan bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia, 16 tahun lalu.

Menggunakan profil @Nabilah.othmann di media sosial wanita itu berkata, dia dan kakaknya baru-baru ini memberanikan diri masuk ke rumah tinggal itu kerana rindu.

“Rumah ni dah usang sejak pak cik dan mak cik meninggal. Kami selalu balik cuma tak masuk rumah ni, dah lama usang. Pak cik saya meninggal 2009.

“Pak cik dan mak cik saya orang kampung. Jenis kenderaan pun bawa basikal. Petang-petang mereka akan ajar orang mengaji. Lantai rumah pun diperbuat daripada tanah,” kongsinya.

Katanya, selain buku senarai nama anak-anak yang datang mengaji, kalendar tahun 2009 yang masih terlekat di dinding rumah itu turut membuatkan hati mereka terusik.

“Terasa pak cik masih ada sini. Masa kecil kami selalu datang bermalam di sini. Jadi, sejak pak cik meninggal memang tak datang dah, hampir 16 tahun.

“Baik sangat orangnya, sangat tenang. Sampai besar saya teringat memori di sini. Kalendar stop (berhenti) pada 2009, tahun pak cik meninggal,” tambahnya.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata mendoakan kedua-dua Allahyarham.

“Semoga arwah diterangi dan diperluaskan kuburnya di atas ilmu-ilmu yg diajarkan,” komen @Epi Pi.

“Semoga pahala mengajar anak-anak mengaji menjadi penyuluh ke jalan syurga Allah,” kata netizen yang lain.

“Macam baru buku tu. Allah SWT pelihara sebagai saksi di ‘sana’ nanti. Moga ditempatkan dalam kalangan soleh dan solehah,” doa @Azmawaty Mohamad. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI