fbpx

‘Tak sangka paip ini yang meletup di Putra Heights’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi individu terbabit.

PETALING JAYA – Tiada bangunan kedai atau  taman perumahan. Itu adalah situasi di kawasan sekitar Putra Heights, Subang Jaya dekat sini kira-kira 25 tahun lalu.

Perkongsian itu dibuat seorang individu yang mendakwa pernah melakukan kerja pemasangan paip gas lebih dua dekad lalu sebelum berlakunya insiden letupan dan kebakaran pada 1 April lalu.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok GitarTanganKanan, kawasan Putra Heights juga ketika itu masih dikellingi hutan.

“Antara pekerja yang terlibat dalam pemasangan paip gas Putra Heights kira-kira 25 tahun lalu.

“Ketika itu, Putra Heights masih dikelilingi hutan dan tiada bangunan kedai atau taman perumahan,” tulis individu terbabit.

Menurutnya, kerja-kerja pemasangan paip di kawasan tersebut sangat mencabar dan menguji mental serta fizikal.

“Bermacam-macam kejadian berlaku, pernah cedera di pipi hampir dengan mata, (terima) tiga jahitan akibat terkena besi cangkuk (earth) yang terjatuh dari batang paip.

“Kenangan 25 tahun lalu, tak sangka paip inilah yang meletup di Putra Heights,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mengenai projek pemasangan paip gas.

“Pernah tengok dia buat dan tanam dalam tu, lalu jalan lalu kampung, lalu kebun getah dan sawit, ambil tanah siap bayar pampasan,”kongsi GagakHitam.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai PakSheikh Azrin Taharudin.

“Saya juga terlibat mereka cipta laluan paip gas 36” dari Klang (Selangor), Sitiawan, Parit Buntar (Perak) terus ke Pokok Sena, Alor Setar (Kedah) pada tahun 1996,” kongsinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI