fbpx

Suka berkaraoke, warga emas diludah dan dipukul jiran guna besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi di mana seorang warga emas dipukul oleh jirannya.

MELAKA – Angkara dendam lama, seorang lelaki bertindak agresif memukul jirannya dengan batang besi ketika mangsa berjoging di Pengkalan Jajar, Alai di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang juga pesara berusia 65 tahun mengalami kecederaan di lutut kiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat mangsa dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada perselisihan lama antara kedua-dua individu tersebut.

“Pada hari kejadian, suspek dikatakan terlebih dahulu membaling mercun ke arah rumah mangsa, namun warga emas itu yang mahu berjoging mengabaikannya dan meneruskan aktiviti seperti biasa.

“Bagaimanapun, selesai berjoging, mangsa terserempak dengan suspek dan berlaku pertengkaran mulut dan ludah meludah sebelum suspek memukul mangsa menggunakan batang besi berwarna biru,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian kedua-dua individu itu turut bergelut sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah menahan suspek berusia 40 tahun pada pukul 1 tengah hari hari yang sama.

“Hasil soal siasat, suspek memaklumkan warga emas itu sering membuat bising dengan berkaraoke sehingga menganggu ketenteraman keluarganya. Mangsa juga pernah ditegur sebelum ini tetapi tidak mengendahkannya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI