KEBIASAANNYA, bidang automotif di Malaysia banyak didominasi oleh lelaki dan jarang wanita terlibat dalam bidang itu. Namun begitu, Sofea Nabila Saifonnizam, 22, salah seorang wanita yang berani untuk terlibat dalam bidang tersebut. Malah, dia sendiri menjadi pemilik bengkel kereta Pia Auto & Tyre yang beroperasi di Kuantan, Pahang. Sofea Nabila berkata, minatnya dalam bidang automotif itu telah bermula sejak kecil lagi. “Ayah saya juga terlibat dalam bidang ini dan mempunyai sebuah bengkel kereta sendiri. Sejak kecil saya sering melihat ayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

